anda ,
maaf sebab aku buat post nih . maaf sebab aku nampak macam na bagi tawu sume orang . maaf sebab post ini akan terlalu berterus terang . maaf sebab kau akan sakit hati . maaf . tapi aku dah ta tahan lagi .
anda ,
setelah dekat 3 tahun kite berkawan . dari kawan juga berputik menjadi sahabat . setiap saat yang kite lalui pasti kite bersama . banyak kenangan dan pengalaman telah kita bina bersama . pada saat suka duka perpisahan juga kita masih bersama . biarpun hubungan aku tidak sama seperti sahabat anda yang jauh itu , tetapi jujur aku cakab , aku sudah anggap kite seperti adik beradik .
tapi dah lumrah . anda adalah anda . dan aku adalah aku . kite tetap due orang berbeza yang mempunyai pandangan dan cara hidup yang berlainan . walaupun selalu bersama dan bergelak ketawa dalam setiap perlakuan , dalam sudut hati pasti terselit sakit hati . walaupun sedikit . aku mengaku . aku juga pernah sakit hati dengan anda . walau kecil , walau besar . aku tahan . kerana aku ta sanggup na sakitkan hati anda semula . kata kata anda adakalanya memang tajam . juga perlakuan anda yang bagi aku , makin lama aku sudah tidak boleh untuk memahami . dan terkadang ada juga gurauan anda yang agak melampau sampai aku terasa seperti aku tiada maruah . maaf kenyataan melampau . namun itulah kenyataan . aku juga mempunyai perasaan .
akan tetapi , aku juga tawu yang anda juga telah banyak bersabar dengan aku . tentang perhubungan aku dengan sahabat jauh anda itu . tentang mulut aku yang suka bercerita yang tidak patut . tentang perhubungan aku dengan mr.sengal yang seolah olah aku seperti sudah tidak memperdulikan anda . cara dan perkataan aku yang menyakitkan hati anda . tentang kejadian di the park . tentang kejadian aku meninggalkan anda kerana bas sudah penuh . tentang keakraban aku dengan kawan kawan sekelas aku . tentang segalanya . aku tawu . aku paham . aku ingat and aku masih menyesal sehingga kini . aku sanggup melakukan apa sahaja untuk menebus kembali kesilapan aku . namun aku hanya manusia biasa yang hanya mampu meminta maaf selepas melakukan kesalahan dan mencuba untuk tidak mengulangi perkara tersebut . aku lalai .
aku juga akui . sepertinye setiap pergaduhan kite dimulakan dengan tindakan melampau aku . mungkin aku memang terlalu cuai menjadi kawan . dan mungkin juga setiap apa yang anda lakukan dan sakitkan hati aku , aku tidak pernah ambil berat . mungkin . itu je yang aku mampu cakab . kerana ape yang aku yakin , aku takkan pernah dapat meruntuhkan EGO yang anda bina untuk aku . mungkin EGO anda itu perlu . mungkin .
maaf sekali lagi . aku gagal untuk menjadi kawan yang baik untuk anda . mungkin sememangnya kita perlu redha dan menerima bahawa hubungan persahabatan kite tidak boleh lebih . mungkin lebih baik seperti ini . kita same same sudah penad . aku harap kau juga dapat teruskan hidup dengan lebih tenang dan lebih gembira dari aku . insyallah , selagi aku hidup , aku akan kenang anda di dalam doaku . moga moga hidup anda bahagia . maaf kerana aku tidak dapat membenci anda . maaf kerana segalanya . ouhh and last , maaf sebab post nih poyo sikit . namun ini memang tulus dari apa yang tersirat di hati aku . aku sayang anda . assalamualaikum .
careless friends,
i'm SNRaihanZN