hello people ! this is my bebelan world ! muahahaha xD

Apr 2, 2013

nightdream 8

assalamualaikum.

maaf sebab dah lame sangat menangguh daydream ni. orang busy lah katekan. btw kali ni name dye nightdream sebab cerita ni act di ambil dari jalan cerita mimpi aku setiap malam. tapi yang ni aku da tukar version and tambah sikit biar menarik *konon*. hihi. ape ape pun , enjoy ~ hohoho !

THE DESTINY

Geremy. Hanya budak perempuan biasa yang menjalani kehidupan yang normal. Dalam kehidupan dye, semuanya berjalan lancar. Kalau ade masalah pun ianya cuma perkara yang simple dan boleh diselesaikan dengan cepat. Dia memang jenis orang yang tak suka serabut kepala untuk fikirkan sesuatu. Berbeza dengan situasi orang disekelilingnya yang mempunyai masalah 2 kali ganda lebih complicated darinya. Kawan2 dan keluarga selalu menceritakan masalah mereka kepadanya. Membuatkan dia kadang terfikir kenapa kehidupan dia tidak mempunyai ujian ujian sebegitu. Tapi sebenarnya, Geremy tak sedar yang dia mempunyai  takdir dan ujian yang lebih besar di alam lain.

Semuanya bermula bila Geremy genap 17tahun pada 25.12. Pada hari tersebut, Geremy menyambut hari lahirnya dengan keluarganya sama seperti setiap tahun. Mungkin kali in lebih meriah kerana dia sudah pun menghabiskan persekolahannya. Pada jam 07.07pm, Geremy dalam perjalanan balik ke rumah dari kedai membeli barang makanan yang habis. Secara tiba tiba dia terasa seperti diperhatikan. Geremy melihat keadaan sekeliling. Tadee sesiapa pun. Geremy menganggap itu hanya perasaannya.

Tumblr_mcb8ehqtht1rhtqv6o1_500_large

Pada waktu malam, setelah selesai mengemas rumah, Geremy yang keletihan terus masuk ke biliknya untuk tidur. jam sudah menunjukkan tepat pukul 12.12am. jam besar antik dirumahnya secara tiba2 berbunyi. biasanya jam tersebut hanya akan berbunyi setiap satu jam. Namun Geremy sudah terlalu letih untuk kisah tentang perkara tersebut. Jadi dye terus melelapkan mata dan tidur.

"Geremy !!!!" Geremy terus terjaga. terasa seperti dia baru sahaja tidur. Dia melihat ke luar tingkap. cuaca sangat cerah. tiba tiba ade seorang budak lelaki kecil masuk ke dalam biliknya. jelas sekali yang dia memang tak kenal langsung dengan budak tu. tapi budak tu seperti sangat rapat dengannya. budak tersebut menggelarkan dirinya sebagai Akid. Akid sangat gembira melihat Geremy dan mengajak Geremy bersiap untuk pergi ke sekolah. Geremy tidak mampu menolak dan hanya mengikut kata kata Akid. keluar sahaja dari pintu bilik, Geremy sangat terkejut. kerana jelas sekali itu bukan rumahnya sebelum ini. Geremy hanya tinggal di rumah pangsa kecil yang mempunyai 3bilik. tetapi apa yang dilihat Geremy sekarang adalah kediaman sebuah banglo yang mempunyai banyak bilik. sedang Geremy meneliti keadaan rumah yang sangat asing baginya, tiba tiba Akid memegang tangannya dan membawanya terus ke ruang makan.

Library-secret-door-650x962_large

di ruang makan, semua orang sudah pun duduk di kerusi. cuma tiga kerusi sahaja yang masih kosong. di tengah2, ada seorang perempuan yang berwajah tegas. Akid memanggilnya dengan "ibu" tetapi orang lain memanggilnya dengan "Madam". dia menyuruh Geremy segera duduk. Geremy hanya menuruti. Madam tetiba bertanya kepada semua orang dimana "Jackson". secara tiba2 seorang lelaki muncul dan duduk disebelah Geremy. kini, semua orang sudah ada. semua sedang sibuk menjamah makanan. Namun Geremy masih tidak menjamah satu pun kerana sibuk meneliti wajah setiap orang. Wajah2 tersebut memang nampak familiar. tapi seorang pun dia ta kenal malah tidak tahu nama pun. tiba2 lelaki disebelahnya berbisik "baik awak makan cepat, nanti madam marah dan kite mungkin terlambat". Geremy berasa pelik namun setelah berlanggar mata dengan Madam secara tidak sengaja, terus Geremy makan kerana takut.

selesai makan, semua terus bangun dan kelua rumah. Geremy melihat meja makan dikemas oleh orang gaji. Geremy kali ini yakin yang dia memang di tempat lain sebab rumahnya memang tiada orang gaji. secara tiba2 Madam cakab dekat Geremy "selamatkan semua. jangan buat kesilapan kali ini". Geremy berasa pelik tetapi dia tidak ambil kisah tentang itu. dia terus memandang sekeliling. memang familiar. tapi dia ta ingat langsung bila dia pernah menjejakkan kaki ke situ. Geremy hanya memandang sekeliling sambil mengikut orang lain menaiki sebuah bas. atau lebih tepat, bas sekolah. 

semasa dalam bas, lelaki yang duduk disebelahnya semasa makan tadi sudah pun menyediakan tempat duduk untuknya. Pada mulanya Geremy menolak. tetapi Geremy terkejut apabila lelaki tersebut mengatakan bahawa dia adalah boyfriend kepada Geremy. Geremy terus meneliti wajah lelaki tersebut. bermata hijau, dan berwajahkan kacukan english "takkanlah dia boleh menjadi bf aku?" detik geremy di dalam hati. secara tiba2 ade suara seorang perempuan, "alaa Geremy, awak duduk jelaa. takkan dengan bf sendiri pun na malu lagi?". ayat perempuan itu seolah olah menjawab persoalan Geremy tadi. dengan rase peliknya, Geremy terus duduk. Geremy yang masih bingung terus pejamkan mata untuk menghilangkan rase peliknya bersama lelaki tersebut.

tiba tiba Geremy melihat satu vision tentang semua penghuni dirumah tersebut mati seorang demi seorang. vision tersebut seperti satu memori yang Geremy pernah lalui sebelum ini. segala aktiviti dan hubungannya dengan semua orang muncul dalam sekelip mata. apabila Geremy bukak je mata, mereka sudah pun sampai ke sebuah sekolah. kali ini Geremy sudah tidak berasa pelik malah berasa yang ini memang seperti kehidupannya yang biasa.

*Geremy dan 6 orang lain duduk menumpang di rumah madam bersama anak madam, Akid. Madam adalah ketua rumah yang sangat tegas. manakala Akid pula sangat manja dan paling rapat dengan Geremy. 6 orang yang lain adalah Jackson (teman lelakinya), Jess, kah yan, laila (kawan baiknya), alip dan haikal (kawan baik Jackson). apa yang dorang kena buat setiap kali is hidup seperti biasa dan pergi ke sekolah. Namun apa yang merunsingkan Geremy adalah vision tentang bagaimana mereka yang lain mati.*

Geremy tanya dekat Jackson tentang vision tersebut. Namun Jackson pula hanya memperlekehkan vision Geremy. Geremy yang semakin selesa dengan keadaannya, terus melupakan hal tersebut dan melalui harinya seperti biasa. secara tiba tiba, Akid memanggilnya. bila Geremy pandang Akid, secara tibe tibe vision yang Geremy nampak semasa di dalam bas tadi menjadi realiti. Akid berlari ke arah Geremy. Geremy seolah olah dapat meneka apa yang akan jadi seterusnya. Dan akhirnya, apa yang Geremy paling takutkan adalah melihat Akid mati di depan nya tanpe dia dapat berbuat apa apa. Geremy yang terkejut hanya berdiri kaku. Akid mati setelah tersadung kaki dan kepalanya terhentak dekat batu besi betul betul depan Geremy.

quotes, girl, cute, love, text

*okay disebabkan aku terlalu malas na taip macam mane sorang sorang mati, so kesimpulannya, semua mati*

tapi semasa giliran Jackson, Geremy serius tak boleh tahan. tengah geremy terduduk kaku bingung dengan semua yang jadi, tiba tiba Madam datang dan cakab dengan muka bengis "kan saya dah cakab selamatkan semua dan jangan buat kesilapan!" sambil menghayunkan kapak. bila kapak hampir mengenai kepala Geremy, Geremy memejamkan mata dan apabila dye bukak je mata, dye berada di biliknya semula. Jam loceng Geremy berbunyi dan menunjukkan pukul 06.06am. Geremy terus bangun dan mandi. dia langsung ta ingat apa apa pun pasal mimpi dia tadi dan semuanya berjalan seperti biasa.

tapi semua tu ta berakhir macam tu jehh. setiap malam Geremy akan mimpi benda yang sama. cuma cerita tu seolah olah bersambung dan cara mati berlainan. semakin lame Geremy semakin sedar situasi dalam mimpi tu.

3 bulan berlalu. dan pada malam yang mungkin terakhir, Geremy sudah bersedia untuk semua situasi. Geremy sentiasa memegang tangan Akid dan tidak membenarkan Akid untuk pergi ke mana mana. Geremy tawu yang kalau dye dapat selamatkan Akid, yang lain pun akan terselamat. Akid hanya menurut kata kata Geremy. namun semuanya tidak semudah yang disangka. walau sekuat mane Geremy memegang tangan Akid, mereka terpaksa berpisah seketika kerana jadual kelas yang berlainan. lagi pulak Akid hanya berumur 7 ke 8 tahun. waktu pembelajaran mereka ta mungkin sama.

sepanjang kelas, Geremy langsung ta fokus. dia hanya memikirkan tentang Akid. tiba tiba Geremy berdiri dan keluar kelas. Geremy nekad. walau ape pun yang jadi , dye ta boleh buat kesilapan yang same lagi. Setibanya Geremy di kelas Akid, dye melihat lampu siling bergoyang menandakan yang lampu itu akan jatuh. malang Akid betul2 bawah lampu tersebut. dengan cepat Geremy menarik Akid keluar dari kelas tersebut. Lampu tersebut jatuh . namun Akid terselamat.

selepas dari situasi tersebut, Geremy terus memeluk Akid dan berjanji takkan melepaskannya. Akid bersama dengan Geremy sehingga waktu sekolah habis. dan semasa kelua dari pintu sekolah, Madam menyambut mereka dengan senyuman. Madam mengucapkan terima kasih kepada Geremy dan mengajak Geremy untuk terus tinggal di sana. Namun Geremy menolak dan mengatakan bahawa dia masih ade urusan yang perlu diselesaikan di tempat lain. Madam hanya senyum dan memberikan kata kata yang membuatkan Geremy bingung kembali, "awak berjaya selamatkan semua orang dirumah ni. semoga awak berjaya menyelamatkan kawan awak disekolah ni pulak".

Tumblr_mkjd07nfc81s22gvwo1_500_large

Geremy terjaga dari tidur. dalam keadaan yang masih bingung dan mamai, Geremy terus bersiap dan menjalani kehidupan realitinya dengan biasa dan hanya mampu berharap mimpinya malam ni tidak sebegitu susah seperti sebelum ni. THE END.

*okay aku tawu cer ni mengarut sikit. lagi lagi selepas tokok tambah bagai. haha. fiction betul. dalam mimpi aku yang baru baru ni pun memang aku dah berjaya selamatkan budak tu. tapi tatawu la ade sambungan lagi ke tak. haihh. sangat seram bile kena tengok orang yang kau ta kenal tapi rapat dalam mimpi mati banyak kali. thats what really happen to me. hope aku boleh mimpi indah malam ni..*

nightmare by
geremean