*post yang sudah basi*
14September2013. antara date yang aku tunggu tunggu dalam bulan ni. first sebab my test1 and oral english da tamat. so konon na release tension la harituuu. *tension sangat~* and second sebab my kolej buat family day for student under UTM kat Tanjung Bidara. lepas tension kat pantai.. sape tanak.. lagi lagi dengan member member and buah hati. hikhik. tapi seriously dengan hanye membayar rm8, aku dapat rase kepuasan dan kegembiraan family day yang amat sangat. best waras ouhh ! tu yang even badan tengah lenguh2 and penat2 lagi ni pun aku eksaited na update kat blog ni. huhu :P
so tidak seperti hari hari lain di hostel, sabtu itu aku bangun lebih awal. hoho! well biasee laa. kalau hari na pegi kelas, lagi setengah jam baru bangun. tapi bab berjalan, nombor 1 :P
barang barang semua da pack and siap awal2. siap janjan lagi. memang macam na pegi piknik. pagi tu aku just siap siap ape yang patut and recheck banyak banyak kali supaye ta tinggal ape ape barang. almaklum laa aku ni ade masalah ingatan sikit. banyak makan cik semot. da siap siap dengan keadaan kelam kabut bagai, dalam 7.30, aku and kakyong da siap ade kat bawah. tapi senget.. orang lain ta turun pun lagi. haihh. selepas satu jam macam tu bile semua dah berkumpul and sarapan pun da diedarkan, baru laa kami bergerak ke tanjung bidara menaiki rolley coaster *bas kami -.-*
lebih kurang satu jam perjalanan, sampai lah kami di sana. and seriously, eksaited waras aku tengok pantai kat situu. dengan cuaca yang memberi kerjasama setelah seminggu berturut turut hujan. huhu. and sebagai permulaan majlis, kami diberi taklimat.. kata2 ucapan.. tangkap gamba beramai ramai.. and melakukan aktiviti pemanasan badan. bhaha lawak pulak ayat aku ni bile bace balik -.- ouh btw time panaskan badan tuu.. tibe2 dorang selitkan lagu gentleman. mule2 aku ingat dorang na buat poco poco. sekali amek kauu.. ber-gentleman kiterang kat situu. perghh.. nasib aku pkey ramai orang jehh. lau ta memang lenggok habis aku buat. muehehehe.
lepas tu kami dibahagikan pulak kepada 2 kumpulan Maruwa vs. Tawakkal *nama kumpulan dipilih sendiri dan diambil dari asrama pekerja kilang dan kedai makan kawasan hostel kami* Team Maruwa terdiri dari perempuan sem1, theness, raihan, zahir and zul. manakala kumpulan Tawakkal terdiri daripada a few sem1 girl, kakyong, kak alyn, pali, bob, mikail, zack, my sweetheart and me of course. hihi. dah habis segala.. terus kami beramai ramai terjun kat pantai dulu. ta menyabo lah katekan..
dah basah semua.. para AJK pun memanggil kami untuk memulakan aktiviti pertama iaitu perlawanan dodgeball. syarat2 and peraturan dye sebijik macam runningman. memang eksaited lah haku.. hoho! actually mule2 dorang na buat bola tampar. tapi bola yang ade sangat ta sesuai sebab terlalu keras. maka bermain lah kami dodgeball dengan ganasnye. muahahaaa ! the best part is bile bola yang aku baling kene kat Raihan and team aku, Tawakkal menang menentang team maruwa. malangnye time lawan dengan AJK, team kami kalah. well tengok ler dorang macam mane. huhu. lepas da tawu result semua, kami kembali terjun ke laut.
sekali lagi, setelah berguling guling melompat lompat terkinja kinja bermain air, AJK memanggil kami untuk meneruskan aktiviti kedua pula iaitu tarik tali *my favourite game since last year. huhu*. time perlawanan tarik tali lelaki, kumpulan tawakkal menang. malangnye time perempuan, kiterang kalah. ate na buek acano, badan kumpulan aku semue kecik2 kepeng2. huhu. then time budak laki lawan AJK, ta payah cakab. even kami ade bOB, tapi majoriti lelaki AJK semua badan besau2. so kami kalah dengan AJK lagi. time perempuan pulak, kumpulan perempuan maruwa lawan dengan AJK perempuan. tapi disebabkan tak cukup orang and nak adil, dorang amek aku sebagai tambahan. aku pun ta puas hati time perlawanan awal tu, so time lawan dengan AJK ni aku memang keluakan giler giler la tenage aku. and you know what? time round kedua AJK kalah. perghh memang seronok la aku time tu. just untuk keputusan akhir team maruwa tetap kalah sebab masing2 da habis tenage. huhu. so still.. result akhir keseluruhan tarik tali, AJK pegang lagi -..-
gambo tarek tali takdek. so tengok la gambo castle zack and mikail ni yerk.
mase banyak lagi. so kiterang pun menyambung berendam kat dalam air. even air da naik sebab ade hujan di tengahari, kedegilan kami untuk duduk dalam air tidak dapat dihalang lagi. untuk time ni memang lame waras kiterang main. ade yang lompat lompat main ombak, ade yang tarik tarik orang pegi tempat dalam *Raihan punye kerje. mentang2 dye tinggi.* and ade yang sekadar duduk kat tepi pantai membina istana and melayan perasaan. memang macam macam ragam lahh. and yeah untuk aku, ni first time aku mandi kat pantai dengan member member so perasaan dye eksaited lebih sikit. hoho !
love this picca. HOHO !
setelah penat bermain air and telan air garam, macam biase perut pun da lapo.. tapi ta boleh makan lagi. kiterang kene start explorace check point pertame dulu sebab while that AJK sempat la na prepare makanan lebih sikit. for explorace ni, like seriously memang terase macam runningman. mule2 kiterang diberikan surat khabar and kiterang kene masukkan semua ahli team kedalam surat khabar tu. then kiterang kene bina istana yang paling tinggi menggunakan pasir and last, dalam mase kiterang semua dalam surat khabar tu, kiterang kene ade and muat dalam frame gamba yang lens kamera dye bukan main tinggi. punye la bersusah payah. kiterang memerah otak and bekerjasame, last2 again, tawakkal menang ! huhu. and its now time makang !
TAWAKKAL !
MARUWA !
untuk makan, aku kasi 4bintang out of 5. huhu. well bayangkan, untuk rm8 sahaja, dorang da kasi breakfast, then for lunch dapat makan nasi, sayur, ubi bakar and i forgot la tapi sedap laa. huhu. memang berbaloi. yang ta penuh 5bintang cume sebab ade ubi bakar dye yang dorang masak still keras :P but overall lebih better dari makanan kat certain kawasan. huhu.
dah lepas kenyang2, kiterang sambung pulak kat checkpoint kedua. for checkpoint kedua ni, kiterang kene pergi kat satu kawasan ni and kene cari span-span yang para AJK da tanam then kene gune span tu untuk isi air dalam botol. span yang ditanam lebih kurang 10span. so kalau jumpe lebih, lebih cepat la air dalam botol tu di isi. dalam kawasan tu satu kumpulan boleh hanta 3wakil jeh and sorang cume boleh pakai sebelah tangan jeh untuk mengorek. denga macam senangkan? tapi sies time na carik tu, nokharom ! berpeluh peluh. AJK tu ade jugak tolong2 bagitawu kat mane dorang tanam tapi maybe sebab kiterang da tertimbus timbus so hasilnye yang jumpe cume 4span. tu pun 2tawakkal and 2maruwa. and team yang dapat isi botol tu dengan penuh dulu tentulaa team tawakkal. muahahaha !
so after that kiterang pun berendam lagi sikit and bersihkan diri kat tempat2 mandi awam tu sebab da na balik.. huhu. lau ta dorang na buat aktiviti lagi tapi dah lambat. before balik tu ade la sesi kasi hadiah bagai and cenderamata. and pulanglah kami semua dengan kepenatan dan kenangan yang gembira. huhu. kayy the end.
xoxoean






