Hye dunia !
Setelah sekian lama aku tak update blog ni, tiba-tiba rasa nak update sesuatu. Tapi takdolah sampai nak membebel macam dulu. Dulu banyak masa. Sekarang sejak dah masuk alam dewasa, masa untuk taip pun dah dikira membuang masa. So here I am membuang sedikit masa untuk update blog ni. Jujur aku tak pasti ada lagi ke tak orang tawu tentang kewujudan blog ni. Jujur aku nak padam dah blog ni dulu tapi sebab aku sayang, niat itu dibatalkan. Sayang dengan semua penulisan, sayang dengan kenangan yang kalau aku cuba nak ingat balik pun, takkan se-detail yang aku update dalam ni. Kat rumah bersepah diaries. Tapi diaries dalam ni jelaa yang aku betul-betul update and compile.
So how is my 24th?
To be honest it quiet hectic. A bit confused and loss but also more mature. This year, 2019, a year of changes. Banyak yang aku cuba untuk ubah. Diri, kehidupan dan keadaan. 24 but feels like more. Banyak silap yang aku sedar and aku cuba untuk perbaiki. And since, most of my fellow friends pun dah start turning their life 360 (kahwin and ada anak). For me? Velums lagiii.. Lekk luuu..
So based on my last posted, aku cuma cerita sampai saat aku nekad untuk berhenti dari my very first Office experience work. And I really did. Genap setahun sebulan, aku letak letak surat berhenti and start menganggur selama 2 bulan. Masa tu, macam-macam aku rasa. Lega sangat sangat sebab semua stress and rasa terkurung dalam hati ni dah bebas. Kulit muka yang tiba tiba breakout pun terus flawless balik. Apa plan yang aku nak buat masa kerja terus aku buat which is stay kat kampung. huhu. Seronok sangat sangat. But at the same time, aku ada laa rasa takut sikit. Risau kalau keadaan menganggur tu berlanjutan sampai duit simpanan aku habis. Btw, masa aku menganggur, aku still bayar duit Axia aku sendiri. Aku betul2 plan apa yang aku nak buat masa tu and simpanan memang cukup untuk survive for 2 month of jobless. Tapi ada something yang aku perasan, banyak sangat hikmah dengan apa yang jadi. Masa tu aku yakin je yang keputusan aku ni betul and aku yakin yang Allah dah tentukan jalan hidup yang terbaik untuk aku.
And Alhamdullilah, genap 2 bulan aku menganggur, aku dapat offer kerja dekat tempat yang lebih dekat, lebih selesa, lebih baik sebab aku boleh pergi and balik kerja dengan mak aku *extra bonus disitu. So no more jam pergi and balik, no more drive sorang-sorang, no more balik gelap gelap and yang paling penting, kerja hanya fokus dekat 1 company sahaja! Kerja aku tu dekat Putrajaya. So yeah for me, lebih dekat sebab balik laluan berlawanan arus dengan orang kerja KL. And Alhamdulillah, masa kerja dekat sana pun, aku dapat boss and team yang baik baik semuanya. And yeah, aku siap naik gaji lagi after just a few month kat situ. murah sangat rezeki bila kita permudahkan urusan mak kita sekali.
And speak of murah rezeki, lepas genap 5 bulan aku kerja dekat situ, aku dapat 2 offer.
1- Offer untuk dapat kerja tetap dekat company tu and naik pangkat AND
2- Offer sambung Degree dekat UiTM. Masa tu dilemma sangat sangat.
Alhamdullillah, Allah tunjukkan jalan. Aku pergi interview untuk naik pangkat tu and dalam masa yang sama, aku proceed je dengan urusan Degree. And Degree menjadi pilihan memandangkan itu adalah impian Mak and Ayah untuk semua anak anak dorang ni dapat segulung ijazah and urusan untuk belajar pun dipermudahkan bila aku hanya perlu melalui sesi interview menerusi telefon tanpa perlu datang ke Uitm macam kawan kawan aku yang lain.
So since 9hb March 2018, aku secara sahnya menjadi pelajar Degree di Puncak Alam. Dan sekarang dah habis setahun dah pun. tinggal lagi 1 tahun setengah sahaja lagi untuk aku betul betul capai impian Mak and Ayah. So course apa aku ambil? Mestilah keusahawanan. Sebab apa? Sebab aku rasa dengan course ni, banyak lagi yang betul betul boleh faham pasal sesebuah syarikat. And mostly sebab SSPHOTOM. Aku nak sangat SSP maju macam company lain. Aku tawu yang aku ni malas sikit and sangat sangat Blurr. Most of the time, I am always loss. Acap laa kena bising and bebel dekat aku so that aku sedar balik. Kalau tak serious aku mengalah dah and tak tawu pun apa benda yang aku buat. huhu.
Contoh macam sekarang, dari nak cerita pendek pendek, terus jadi karangan berperenggan perenggan. To be honest aku tengah buat assignment untuk kelas Drama tadi. Then tiba tiba terbukak blog ni. hehe. Maka dengan itu aku akhiri post ini dengan gambar latest aku. Gambar sebagai pelajar, gambar sebagai wanita yang berumur 24 tahun pada 2019. Harap kalau kata tak dapat update tahun ni lagi, dapat update next turning life pun okay laa kan? hehe.
Twenty-Four, 2019