bulan 10 yang lalu, aku telah dipaksa menyertai perkhemahan kokurikulum aku di kolej ku ini. well lebih tepat sebenarnye aku memang patot dan wajib join pun sebab kelas mingguan aku cume pernah datang sekali jeh. so kalau aku ta datang kem ni, subjek aku akan di bar dan aku kene repeat untuk sem depan which aku memang tanak -.- maka bermula lah pengembaraan aku di kem JPam pangkalan balak.
aku sebenanye malas bukan ape, leceh na pack barang and kumpul baju2 busuk kat hostel nanti. pastu penat test and cuti raye pun ta habis lagi. pastu aku malas na berkawad. pastu kem ni pun bertempat kat tepi pantai. memang perghh la kulit aku kene sunburn. and and and aku sedih na tinggalkan husband untuk 3hari 2malam tu. huhuhu. *yang last tu mengade* tu yang berat sangat sangat na pergi.
pagi tu aku pegi kelas macam biase sebab ade presentation. da la time present tu kene marah -.- nasib baik sikit je orang dalam kelas. settle semua, aku tunggu husband aku habis test dalam sejam then terus pegi makan dengan dye. sedih laa na berpisah beberape hari. huhuhu. habis makan semua, balik terus aku bersiap and pack barang bagai. maka dalam pukul 3 aku dah sampai kolej semula untuk naik bas terus ke kem. tapi time kat kolej tu pun sempat jehh naik bilik lecture hanta nota yang separuh jalan ta siap tu. huhuhu. asal ade markah sudah.
dalam bas penuh waras. sampai ade 2 3 orang lelaki yang terpakse berkongsi tempat duduk dengan member dorang. jujur time dalam bas tu aku ade pelik sikit sebab pemikiran aku straight yang kem ini kem koko. penuh aktiviti berat dan tiade time bermain. tapi bile aku tengok budak2 dalam bas aku siap bawak gitar lagi aku da rase err.. perlu ke ? memang time dorang maen gitar dalam bas rase macam na pegi kem tapi bukan kem koko, tapi kem sendiri sendiri. huhu.
sampai je kat sane, kami kene berjalan sikit. sampai la kat tempat kem kami yang betul betul tepi pantai. sarjan and encik zam kasi taklimat sikit pastu terus dorang bahagi khemah. untuk khemah aku, aku kongsi dengan dayah, wani and ain. time na dirikan khemah, tibe2 hujan lebat waras. terus kami pasang cepat2 and berteduh. kelam kabut semua orang.
lepas hujan berhenti, baru lah kami sambung kemas2 barang. lepas habis kemas tu kami lepak jap. kesengalan terase sebab khemah aku betul betul bersebelahan dengan khemah budak budak laki. memang bising waras. dengan gitar dan nyanyian lagu jiwang. dah kemas semua, kami kene kelua berkumpul buat ape entah. lupe lah pulak. yang aku ingat malam tu lepas je makan, terus kami ade kelas balutan, CPR dan ikatan.
sebelum kelas tu kami telah dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu alpha, bravo dan charlie. aku dapat kumpulan charlie dan ahli dalam kumpulan aku adalah izzat besar, izzat(gary), iqbal, hafizin, undefine1, dee, pyqa, syaza, bella(jihyo), jihah, dayah, ain, dan wani. masing masing kepale ta betul jeh. huhu.
kelas pertame kumpulan kami kene buat, kelas balutan kecemasan. well macam2 la kami belajar. anduh, ikat kepale, tangan, lutut. pastu time belaja ikatan tangan tu laa kami dapat name cedok sebab bile tangan tu dah di ikat, bentuk dye macam senduk. stap yang ajar kami tu pun memang otak menggile sikit. so masuk air je masing masing. ahli kumpulan kami ni cepat sikit belaja so kelas habis awal. macam macam kami suruh stap tu bercerita. sampai ahli kumpulan lain pun settle baru kami belaja bende lain pulak. yang kelas kedua dengan ketige ni tadee bende sangat. just belaja2, melalut lalut sikit pastu minum malam.
dah lepas minum tu kami terus boleh bersurai. tapi biase laa.. baru malam pertame berkhemah, takkan tidoo awal kot.. so kami pun lepak2 kat luar. baring kat atas tikar sambil memandang langit dan mendengar nyanyian budak budak laki yang penuh dengan kejiwangan tu.. rileks jehh.. and aku pun da siap salin baju and cuci muke dah sebab ingat dah settle semua untuk malam tu. tapi baru je aku na lelap mate tibe tibe kami semua kene kelua dari khemah masing2 and berkumpul balik. rupe rupenye dorang cakab stap memang saje na buat suprise macam tu untuk nite walk. aku ta kesah kalau dorang na buat kejutan pun tapi masalahnye aku baru salin baju and aku ta bawak banyak baju.. huhuhuhu..
khemah kami
nak tanak.. dengan hati yang ta rela.. aku pun kelua laa nitewalk dengan baju tidur tuu.. huhu. na salin pun da ta sempat. dorang na cepat2. lepas da berkumpul dalam group masing2, kami pun gerak dalam kumpulan satu persatu. and for my team, dapat stap cedok tu. memang dye berminat dengan team kami kot. huhu. mule2 aku rase sakit hati waras sebab dorang buat kejutan macam tu. tapi time jalan tu.. seronok pulak aku rase. mengantok semua hilang. perjalanan kami memang jauhh laa.. sampaikan boleh tetibe sampai satu bus stop ni, stap kami kasi rehat. pastu tanak lame pulak rehat tu. sampai sempat dye cerite pasal cerite dye and bini dye. huhu. lepas dah habis semua cerite baru kami teruskan perjalanan. and sampai kat checkpoint, baru kami tawu yang antare tige2 kumpulan, team kami jalan paling jauh. dorang jalan shortcut jeh. ciss!
dekat checkpoint, dorang just suruh buat cara memapah mangsa. pastu kami kene papah la mangsa tu sampai kat kem. tapi ta buat pun. separuh jalan jehh. penat lahh na mengangkat orang.. untung orang yang diangkat tuu.. huhu.. sampai2 kat kem, kami diberi taklimat sikit then kalini baru betul boleh terus masuk tidur..
bersambung di cedok 2..
