okay bertemu kite kembali di episod cedok. moohooo ~
setelah post panjang sebelum nie, masuk la hari kedua kami bercamping... and the best thing bout camping nie, aktiviti dye start pukul 9. so kami masing masing puas menyambung tidoo.. lepas da siap semua, kami diberikan breakfast dan bertolak ke pantai untuk aktiviti air.
main aktiviti kami haritu adalah cara menyelamat kat tepi pantai. start dari floating, bubble, sampai laa pelbagai cara untuk menyelamat kan orang macam chin-tow *for me its sound like cinta huhu* and again, our stap for aktiviti air kalini pun sporting waras. melalut lalut jeh banyak. huhu. orang lain kami tengok bukan main serious. yang kami asek ke laut~ lepas da belaja bagai kami diberi makan. well aktiviti air memang melaparkan. tapi ta smapai beberape minit kami di darat, kami da terjun balik. well eksaited na main air jehh. huhu..
then sampai la satu part bile semua orang kene berbaris buat satu line kat tepi pantai. mule2 aku pelik gak amendee laa kami kene buat. sekali gupe gupe nyee kami kene berlakon seperti penyu yang naik ke darat untuk bertelur. mule dari step dye naik ke darat, korek lobang, tutup lobang, tanam balik and balik ke laut. sebijik macam penyu betul. paling real bile na balik ke laut tu larr.. semua eksaited jehh.. huhuu.. bile da jadi penyu tuu.. baru ku sedar sesusahan ibu penyu untuk menjaga anaknya. na korek pasir tu pun dah seksa.. huhuuu~
lepas da habis tu, kami sambung balik kelas tadi. tapi nampak macam jadi ta jadi jeh sebab time tu ombak makin kuat sebab hujan. nasib kami memang belajar dengan anggota penyelamat. so time hujan, kami ta perlu bergerak ke luar pantai. mueheheee. sepatutnye dorang na buat aktiviti macam campak sorang sorang dari bot and tengok boleh ke tak kami praktikkan ape yang kami belaja sebelum tu. tapi disebabkan hujan, aktoviti tu terpakse di cancel kan. so kami buat hal masing2 jehh. yang team aku dah menggile gile daa. paling best main kereta api. bersambung satu team macam kereta api pusing2 dalam air. huhu. then ade yang main atas bot buat titanic laa.. lompat2, mengarut mengarut and aku macam biase, main ombak. perghh ombak dye besaa waras. memang puas maen sampai aku ta sedaa yang semua orang pandang aku. huhu. lepas da menggile and hujan pun makin lebat, kami kene balik ke kem semula sebab aktiviti dibatalkan..
balik je kat kem kami semua terus mandi. lemah betul aku dengan air laut nihh.. masing masing dah sunburn. pastu ade la dalam sejam due kami rehat. ade yang tidoo.. ade yang sebuk sidai kain sebab d panas balik.. then ade yang jalan jalan kat pantai.. sampai la time lunch then kami ade aktiviti memadam api. time ni memang lepak sikit. cuace time tu panas waras.. boleh pulak semua kene berkerumun depan api and belaja cara padam api pakai pemadam api. merah jeh muke semua orang. lame jugak laa dalam setengah jam lebih cam tuu.. baru habis. time habis je kelas tu cepat2 semua cari tempat berteduh. gilee ta terbakar dah macam tu rupee.. lepas tu kami ade kuiz sikit then rehat and buat hal masing2..
sementare rehat tu kumpulan kami masing kene cari idea untuk peresembahan malam kebudayaan. biasee laa.. kem mane yang tadee malam kebudayaan ta lengkap laa kann.. untuk team aku.. selame satu jam lebih kami banyak termenung, melalut and mengarut. yang izzat pulak sebuk dengan gitar dye. bayangkan lepak atas tikar, bawah pokok dengan angin tiup sepoi sepoi bahase.. pastu izzat pulak menyanyi laguu laguu jiwang.. mane tak semua terbaring na tetido kat situu..
setelah lame termenung akhirnye stap cedok pun datang kat team kami untuk tanye ape yang akan kami buat malam tuuu.. then bile dye tengok kami masing masing blurr,, terus dye kasi idea pasal sketsa komedi. memang best idea dye.. terus kami bincang and praktis sampai ke maghrib.. hujan pulak lebat waras and lame waras.. sampaikan kami rase yang persembahan mungkin ta dapat dilakukan.. tapi alhamdulillah.. dalam pukul 9 macam tuu.. hujan pun berhenti. kami teruskan dengan aktiviti BBQ dahulu.. kemudian barulah persembahan. di sebabkan cuace sebelum tu ta mengizinkan.. tempat banyak basah *termasuk khemah -.-*. jadi persembahan kami diadakan di depan surau dan berasingan. wohooo.. lega terus aku..
ouh btw, sketsa kami mengisahkan tentang sebuah keluarga yang ta berape sempurna yang baru berpindah ke bandar. papanye sengau. mamanye pulak rabun. kaklong tu je yg okay tp sombong. angah kaki tempang. anak ketiga selalu buat hal sendiri. anak ke empat terlalu baik. anak bongsu manje. pastu watak utama dye kaklong dengan mama tu laa.. pasal kaklong tu selalu melawan cakab mak dye.. then ade laa gaduh gaduh bagai sampai laa satu hari tuu mak dye kene langgar and mati.. pastu time kat hospital ayah dorang marah2 bagai. anak2 menyesal.. pastuu habis.. tapi tadee laa klise sangat sebab watak dye unik then ade lawak2.. then time kat hospital tu pulak kiterang pasang lagu sedih.. so ramai yg menangis. memang best !
ouh erm yang jadi watak papa tuu izzat, then watak mama wany, kaklong dee, angah hafizin, anak ketige bella, anak keempat jieha and anak bongsu yang konon manje tu aku -.- kayy i know.. pastu watak pakwe kaklong yang over menyebuk iqbal, JPam piqa and undefined, org yg langgar mama dayah and gary, pengarah syaza and narrator ain.
keesokkan harinya adalah hari terakhir. kali ni baru serius sikit. pagi tu kami ade exercise, latihan kawad, buat formasi, larian, amek markah untuk latihan bangkit tubi bagai, sarapan kemas barang and exam last. mase ni baru masing2 buat kerja betul2. pastu bile da habis exam kami masing rehat and lepak2 lagi sementare tunggu bas datang. sempat la makan tengahari and makan aiskrim. huhu. bile bas datang kami pun masing masing da penat, dah ta cakab ape dah. turun jeh bas, balik bilik and rehat. huhu.
bersebelahan dengan tempat penternakan penyu. ade anak penyu baru menetas kat situu !!! comel ouhh !!!
one happy family at home !
so thats all.. okay mule2 tu detail sangat. da na habis ni shortform2 dah. huhu. ka until we meet again. assalamualaikum.



